Pasport Wartawan Australia Dikembalikan, Bebas Dengan Jaminan Polis

Diterbitkan: Ahad, 13 Mac 2016 8:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Dua wartawan asing dari Australian Broadcasting Corporation (ABC) dibebaskan dengan jaminan polis sehingga 16 Mac ini dan pasport mereka telah dikembalikan.

Bagaimanapun kedua-duanya tidak boleh meninggalkan negara ini, demikian menurut peguam mereka.

"Petang ini, polis sudah kembalikan pasport mereka. Saya tidak tahu mengapa ia dikembalikan," kata Albert Tang, peguam yang mewakili wartawan Linton Besser, 39, dan juru kamera Louis Eroglu, 51.

Tang berkata, polis menyatakan mereka akan merujuk kes berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada Isnin.

"DPP akan membuat keputusan. Jika DPP memutuskan untuk tidak membuat dakwaan, maka kes ini akan berakhir begitu," kata Tang ketika dihubungi The Star pada Ahad.

Tang berkata dua warganegara Australia itu enggan untuk ditemuramah media tempatan kerana keletihan.

Kata Tang, anak guamnya menafikan melakukan kesalahan di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan