Tabung Haji Di Peringkat Akhir Bincang Bayaran Pampasan Dengan Arab Saudi

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mac 2016 8:00 AM

Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim

(Ubah saiz teks)

BALING: Pengurusan tertinggi Tabung Haji (TH) akan ke Arab Saudi April ini bagi membincangkan tarikh pembayaran pampasan untuk mangsa yang cedera dan waris jemaah haji yang terkorban dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada 11 September lepas.

Pengerusi Tabung Haji (TH) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ia adalah perbincangan terakhir dengan kerajaan Arab Saudi, setelah beberapa proses dan fasa perbincangan dibuat sebelum ini.

"Kita sedar ia ambil masa memandangkan kes yang berlaku memerlukan pihak Arab Saudi meneliti dari semua aspek kerana kes terbabit melibatkan banyak negara," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada pekebun kecil dan penoreh getah di Dewan Umno Pekan Tawar.

Tujuh jemaah Malaysia terkorban dalam tragedi kren tumbang itu dan menurut Saudi Press Agency, Penjaga Dua Kota Suci iaitu Raja Salman memerintahkan pembayaran SR1 juta (RM1.14 juta) kepada keluarga mangsa yang terkorban, SR1 juta kepada mereka yang cedera hingga mengakibatkan hilang upaya kekal, dan SR500,000 kepada tiap seorang yang cedera.

Mengulas kenyataan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah Datuk Dr Ismail Salleh yang mendakwa usaha kerajaan negeri memberi bantuan barangan makanan secara sekali sahaja sebagai gula-gula politik, Azeez berkata biarlah rakyat yang menilai sendiri pemberian itu.

Abdul Azeez yang juga anggota Parlimen Baling menjelaskan, ia sebenarnya adalah satu daripada usaha kerajaan negeri membantu golongan yang terbeban dengan kos sara hidup dan penurunan harga komoditi iaitu getah bagi kelangsungan hidup.

"Ini bukan gula-gula politik tetapi ini satu usaha membantu golongan miskin dan ia akan dilakukan secara berterusan. Biar rakyat yang menilai prestasi kerja kita melalui pilihan raya akan datang," katanya.

Pada Khamis, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan pemberian bantuan sara hidup secara sekali sahaja kepada 20,000 rakyat negeri ini bermula akhir Mac ini.

Pemberian bantuan itu dibuat bagi membantu meringankan bebanan rakyat berkaitan kos sara hidup.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan