Jenazah Empat Sekeluarga Dikebumi Satu Liang Lahat

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mac 2016 10:59 PM

Kelihatan ibu Jamilah, Zabedah Dalip (tudung putih) menyiram air mawar pada kubur empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 106 Jalan Kuantan-Segamat Jumaat malam. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 106 Jalan Kuantan-Segamat Jumaat malam selamat dikembumikan dalam satu liang lahad di Tanah Wakaf Perkuburan Islam As-Syakirin Bachang di sini, lewat petang Sabtu.

Jenazah Mohd Zaki Mamat, 47, dan isterinya, Jamilah Hussen, 46, serta dua anak lelaki mereka Muhammad Zamil Izuddin, 17, dan Muhammad Zamil Syazwan, 14, selamat dikebumikan pukul 6.25 petang dengan kehadiran lebih 300 saudara serta kenalan. 

Terdahulu, jenazah empat sekeluarga itu tiba di Melaka kira-kira 4.40 petang dari Hospital Muadzam Shah, Pahang, sebelum disembahyangkan di Masjid As-Syakirin Bachang di sini selepas solat Asar. 

Dalam kejadian pukul 8.50 malam tadi, empat sekeluarga itu maut di tempat kejadian, manakala dua anak perempuan mereka Siti Nurjeha, 18, serta Siti Nur Nabilah, 10, cedera parah. 

Mereka dalam perjalanan pulang ke Kelantan.

Sementara itu ibu Jamilah, Zabedah Dalip, 76, berkata beliau bersedia menjaga dua cucu perempuannya itu kerana beliau amat rapat dengan mereka. 

Zabedah berkata beliau dimaklumkan kejadian menimpa Jamilah, anak kelima daripada enam beradik itu, menerusi panggilan telefon Siti Nurjeha kira-kira 9 malam tadi. 

"Dia (Siti Nurjeha) telefon kata kereta mereka kemalangan...tidak nampak emak dan ayah sebab keadaan keliling gelap dan dia merasa takut dan meminta makcik untuk datang ke sana," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tanah perkuburan. 

Beliau berkata dia kemudian menerima panggilan kedua kira-kira 10.30 malam yang memaklumkan anak perempuannya dan suami serta dua anak lelaki mereka maut dalam kemalangan tersebut.

Katanya, sebelum keluarga itu bertolak ke Kelantan, mereka datang kerumahnya di Batu 3, Kampung Bachang, Pasir Puteh di sini pukul 8.30 pagi semalam dan meninggalkan dua anak lelakinya di rumah tersebut untuk melakukan pemeriksaan kereta di pusat servis berhampiran, sebelum pulang selepas solat Jumaat.

Sementara itu, rakan sekerja Jamilah, Haryani Samsi, 33, berkata dia mengenali mangsa sejak 11 tahun lepas ketika mula bekerja di sebuah kilang di Merlimau dan menyifatkan mangsa seorang yang baik hati dan peramah. 

"Selalunya dia akan memberitahu saya bila hendak pulang ke Kelantan dan meminta mendoakan keselamatan mereka sekeluarga. 

"Namun kali ini saya tidak tahu dia pulang ke sana sebaliknya mengetahui kemalangan menimpa mereka sekeluarga daripada Facebook awal subuh tadi," katanya.

Beliau berkata arwah ada merancang untuk membuat majlis bacaan Yasin pada bulan April depan tetapi nampaknya majlis tersebut akan dilakukan untuknya.-Bernama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan