Cadangan Buka Pusat Sehenti Ibu Tunggal Di Semua UTC

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mac 2016 7:17 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merancang mewujudkan pusat sehenti bagi ibu tunggal di semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) mulai Jun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata langkah itu merupakan salah satu inisiatif bagi memudahkan akses kepada ibu tunggal terutama yang ingin mendaftar serta mendapat maklumat mengenai perkhidmatan berkaitan untuk golongan tersebut.

Menurutnya cadangan pusat sehenti itu dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) ibu tunggal antara lain menawarkan khidmat soal ekonomi, kaunseling dan guaman kepada yang memerlukan di kawasan bandar dan luar bandar.

Mengikut rekod semasa, sejumlah 83,775 ibu tunggal sudah berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Wanita, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Siri Jelajah Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal Zon Selatan, di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun, katanya, jumlah yang berdaftar dengan jabatan itu masih kecil berbanding 235,240 ibu tunggal daripada 13.9 juta wanita di Malaysia yang dibanci pada tahun 2010.

Justeru, beliau meminta semua Persatuan Ibu Tunggal dan pihak berkepentingan supaya lebih fokus dalam membantu memastikan ibu tunggal tersenarai dalam pangkalan data jabatan itu.

Sementara itu, mengenai Siri Jelajah Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal Zon Selatan, Azizah berkata ia merupakan siri kelima selepas Sarawak, Kedah, Terengganu dan Selangor yang akan kemudian diteruskan ke Pahang serta Sabah,akhir bulan ini.

Katanya segala cadangan, input dan maklum balas daripada sesi dialog bersama peserta pada siri jelajah itu akan dikumpul dan diteliti sebelum dikemukakan kepada pasukan petugas Pelan Tindakan Pemerksaan Ibu Tunggal 2015-2020.

Pelan berkenaan merangkumi 18 langkah strategik berasaskan tiga teras utama iaitu memperkasa ekonomi, meningkatkan kesejahteraan sosial serta meningkatkan penyelidikan dan penyelarasan pembangunan golongan ibu tunggal di Malaysia.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Pusat Sehenti Ibu Tunggal , UTC

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan