Pakatan Baharu PAS Matangkan Politik Negara - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mac 2016 6:13 PM

(Ubah saiz teks)

HUTAN MELINTANG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi menyambut baik keputusan PAS untuk menubuhkan pakatan baharu dengan sebuah parti pelbagai bangsa sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) akan datang.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno berkata langkah sedemikian akanlebih mewarnai arena politik tanah air sekali gus menjadikan rakyat lebih matang berpolitik.

"Ini juga mampu menjadikan politik tanah air lebih baik, lebih demokratikdan banyak pilihan," katanya ketika berucap pada majlis amanah khas Ketua Umno Bahagian kepada kepimpinan Umno Cawangan Empat Peringkat Bahagian Bagan Datoh di sini pada Sabtu.  

Ahmad Zahid mengulas pengumuman Setiausaha Agung PAS, Datuk TakiyuddinHassan pada Khamis mengenai keputusan parti itu untuk bergerak sebagai sebuah lagi parti politik selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun perkara itu hanya akan diumumkan pada Rabu ini.

Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata keputusan PAS itu jelasmenunjukkan bahawa parti itu telah menjadi kuda tunggangan DAP selama ia berada dalam pakatan pembangkang. 

"Harap rakyat sedar DAP tidak lebih daripada parasit dan anai-anai yang meruntuhkan sistem demokrasi negara.

"Saya tidak berhasrat untuk masuk campur, tapi perkembangan baharu ini memberikan kesedaran apa yang berlaku adalah hidayah daripada Allah," katanya. 

Ketua Umno Bahagian Bagan Datoh itu berkata perpaduan yang jitu dalam kalangan anggota di peringkat akar umbi merupakan satu daripada 'resepi' utama untuk memastikan parti keramat orang Melayu tersebut terus kukuh. 

Anggota Umno di semua peringkat juga perlu sentiasa bekerja kuat tanpa mengharapkan sebarang ganjaran selain perlu mengatur strategi untuk memenangi hati serta pemikiran rakyat, katanya. 

"Saya harap kita tidak hanya melihat kepada politik di luar, tetapi apa yang penting asas kita adalah politik dalaman," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: PAS , Umno , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan