Fokus Agenda Rakyat, Turun Harga Barang Berbanding Layan Kerenah Tun M - Veteran Umno

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mac 2016 8:08 AM

Datuk Mustapha Yaakub

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Veteran Umno Malaysia menyeru kepimpinan Umno di semua peringkat supaya fokus dan istiqamah kepada penyelesaian masalah rakyat berbanding melayan kerenah Tun Dr Mahathir Mohamed dan pembangkang.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata Umno tidak boleh terperangkap dengan strategi mereka yang mahu melekakan parti dengan provokasi dan serangan sehingga terlupa agenda 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.'

"PRU14 (Pilihanraya Umum ke 14) hanya tinggal 21 bulan lagi. Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu melangsaikan hutang lama yang dijanjikan kepada rakyat semasa PRU13.

"Segala usaha hendaklah diambil untuk menghilangkan keresahan rakyat bagi mendapat keyakinan rakyat sekiranya mahu mempertahankan Putrajaya," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Justeru, katanya, Veteran Umno mencadangkan kerajaan mengambil tindakan seperti menurunkan harga barangan dan kos sara hidup, pengawalan yang lebih berkesan dan tindakan tegas terhadap peniaga degil yang menaikkan harga barang keperluan, menurunkan kadar caj elektrik dan kadar tol di seluruh negara malah jika perlu kerajaan boleh mengambil alih konsesi tol yang sudah lama beroperasi dan menghapuskan bayaran tol.

Kerajaan juga disaran menambah jumlah biasiswa dan pinjaman kepada pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera di dalam dan luar negara serta menaikkan taraf Mahkamah Syariah setanding dengan Mahkamah Sivil.

"Semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) mesti turun padang berjumpa dengan kepimpinan bahagian dan cawangan bagi menjelaskan isu-isu semasa.

"Mereka jangan merasa kuat dan merasa Umno/BN tidak boleh dikalahkan serta perlu lebih mesra rakyat," tegasnya.

Selain itu, Veteran Umno juga mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno, supaya bertindak tegas terhadap anggota MT dan wakil rakyat yang lembab serta tidak komited menjalankan tugas mereka.

"Mereka yang tidak aktif lagi mesti digugurkan dalam PRU14. Pokok lama yang tidak berbuah lagi perlu ditebang," katanya.

Tags / Kata Kunci: PRU14 , veteran Umno , Datuk Mustapha Yaakub

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan