147 Ketua Umno Bahagian Sokong PM, Kutuk Tun M

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mac 2016 7:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 147 ketua Umno bahagian menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan mengutuk tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Deklarasi Rakyat.

Ketua Umno Bahagian Batu Gajah Datuk Mohd Yusof Kassim berkata cubaan Dr Mahathir bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan perdana menteri dan mahu mengadakan perhimpunan haram untuk menghasut pemikiran rakyat perlu dikenakan tindakan tegas oleh kerajaan dan pihak polis.

"Kami mendesak kerajaan bertindak tegas, menguatkuasakan segala peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menggugat sistem pemerintahan negara.

"Kami ketua-ketua Umno bahagian juga mendesak kerajaan dan polis bertindak tegas dan menghalang segala 'road show' dan perhimpunan haram yang bakal dianjurkan oleh mana-mana pihak khususnya pembangkang bagi tujuan meracuni dan menghasut pemikiran rakyat, berdemonstrasi di jalanan dan apa-apa usaha untuk menjatuhkan perdana menteri secara tidak demokratik," katanya ketika membacakan deklarasi tersebut di Menara Dato' Onn di sini, Sabtu.

Membacakan deklarasi #solidaritiBersamaNajib mewakili ketua-ketua Umno bahagian seluruh negara, mereka juga menyatakan kekesalan terhadap tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Adun Ayer Hitam, Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyertai deklarasi tersebut.

Justeru, deklarasi ini mendesak Majlis Tertinggi (MT) Umno dan Lembaga Disiplin parti mengenakan tindakan disiplin tegas kepada ahli-ahli Umno yang terlibat dalam Deklarasi Rakyat.

Katanya ketua-ketua Umno bahagian bersepakat mendesak kerajaan menamatkan serta-merta perjawatan yang dipegang oleh mana-mana pemimpin atau bekas pemimpin Umno dan Barisan Nasional di dalam kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tags / Kata Kunci: Deklarasi Rakyat , Tun M , Najib Tun Razak

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan