Yuran Pemeriksaan Kesihatan Pekerja Asing Secara Online

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 5:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ejen dan majikan pekerja asing kini boleh membuat pembayaran yuran pemeriksaan kesihatan pekerja asing mereka secara dalam talian melalui portal Pos Online (Pos Malaysia).

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) Datuk Mohd Hatar Ismail berkata kemudahan itu adalah alternatif selain kaedah pembayaran menggunakan draf bank, cek, wang pos dan melalui CIMB Clicks.

"Kami telah menyediakan lebih pilihan kepada pelanggan untuk membuat pembayaran yuran pemeriksaan kesihatan pekerja asing melalui portal Pos Online di www.posonline.com.my mengikut waktu operasi standard Pos Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab Fomema menampung keperluan pelanggan untuk kemudahan dan perkhidmatan yang pantas serta selesa bagi membuat pembayaran secara dalam talian sama ada di rumah atau pejabat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata para majikan dan ejen pekerjaan yang berurusan dengan Fomema terutama dalam proses pembayaran pemeriksaan kesihatan pekerja asing akan menikmati transaksi urusan lebih pantas dan mudah.

Sistem pembayaran elektronik ini turut memudahkan proses pemantauan rekod pembayaran oleh pihak majikan agar sentiasa mematuhi etika perniagaan dan perundangan yang ditetapkan, katanya dalam kenyataan sama. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Fomema , pemeriksaan kesihatan , Pos Malaysia

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan