Penasihat Petronas: Kerajaan Tamatkan Khidmat Tun M

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kabinet bersetuju sebulat suara menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Pejabat perdana menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata kabinet berpendapat demikian kerana Dr Mahathir tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada, beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.

"Kabinet hari ini sudah membincangkan tindakan-tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.

"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara," kata kenyataan itu.
Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat Petronas susulan persaraannya sebagai perdana menteri pada 2003.

Beliau juga merupakan pengerusi Proton Holdings sejak Jun 2014.--Bernama

Tags / Kata Kunci: Tun Dr Mahathir Mohamad , Petronas , Kabinet

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan