Semua Bahagian Milik Pesawat CN235 Berjaya Dikeluarkan Hari Ini

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 8:56 PM

Anggota polis mengawal sekitar bangkai pesawat TUDM jenis CN235 yang terhempas di kawasan pantai Kampung Asam Jawa pada 26 Februari lalu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesemua bahagian milik pesawat CN235 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Kuala Selangor pada 26 Februari lepas, berjaya dibawa keluar sepenuhnya pada Jumaat.

Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Roslan Saad berkata kesemua bahagian pesawat itu akan dibawa ke Pangkalan Udara Subang di sini bagi tujuan pemeriksaan.

Katanya, kedua-dua bahagian enjin pesawat pula akan dihantar ke Nusantara Turbin dan Propulsi (NTP) di Bandung, Indonesia pada Sabtu untuk dianalisis pihak Pengeluar Peralatan Tulen (OEM) pesawat di negara itu.

"TUDM kini memberikan fokus utama kepada (usaha) mencari punca insiden ini berlaku manakala pasukan Lembaga Penyiasatan TUDM kini memberi tumpuan penyiasatan kepada sistem janakuasa pesawat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, beliau berkata Unit Kawalan Enjin Digital (DECU) pesawat pula dihantar ke NTP semalam untuk pemeriksaan.

"Perakam Data Penerbangan dan Perakam Data Suara pula masih lagi dianalisis pihak OEM," katanya.

Roslan berkata Lembaga Penyiasatan TUDM mendapat kerjasama daripada Bahagian Kejuruteraan dan Teknikal PT Dirgantara Indonesia serta NTP.

"TUDM mendapat bantuan daripada Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, pihak berkuasa tempatan serta nelayan dan masyarakat tempatan untuk membawa keluar pesawat ini.

"Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menghulurkan bantuan kepada TUDM," katanya.

Dalam kejadian 8.50 pagi itu, pesawat berkenaan yang membawa lapan anak kapal membuat pendaratan cemas setelah dikatakan mengalami kerosakan enjin di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor.

Kesemua anak kapal dapat diselamatkan dengan bantuan nelayan tempatan di kawasan itu.

Pada 2 Mac, kotak hitam pesawat CN235 telah ditemui. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: CN235 , TLDM

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan