Petronas Hormati Keputusan Kerajaan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 10:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menghormati sebarang keputusan kerajaan mengenai kedudukan penasihat syarikat minyak nasional itu.

"Pelantikan penasihat Petronas adalah hak kerajaan Malaysia. Petronas menghormati sebarang keputusan dibuat kerajaan mengenai perkara itu," kata Petronas dalam satu kenyataan.

Kabinet pada Jumaat sebulat suara bersetuju menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, disebabkan Dr Mahathir tidak lagi menyokong kerajaan, Kabinet berpendapat beliau tidak sepatutnya memegang jawatan yang berkaitan dengan kerajaan.

"Kabinet hari ini membincangkan beberapa tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama beberapa pemimpin parti pembangkang minggu lepas.

Dr Mahathir dilantik penasihat Petronas selepas beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 2003.

Beliau kekal sebagai pengerusi Proton Holdings Bhd, jawatan yang dilantik pada Jun 2014. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Petronas , Dr Mahathir Mohamad

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan