Pencalonan #APO2016 Bukti Wak Doyok "Kental" Di Media Sosial

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Berbekalkan pengikut Instagram yang mencecah 1.1 juta, ikon fesyen antarabangsa, Wak Doyok berjaya membuktikan pengaruhnya dalam industri apabila tersenarai antara calon Anugerah Pilihan Online (APO2016).

Ternyata jejaka dengan nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor itu mendapat sokongan ramai apabila dicalonkan untuk kategori Ikon Fesyen Pilihan Online.

Pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish) itu  mengakui media sosial menjadi platform terbaik untuknya mendidik masyarakat mengenai perkembangan terkini dunia fesyen lelaki.

"Gambar-gambar yang saya muat naik di Instagram sentiasa menjadi rujukan penggemar.

"Jadi saya akan terus memberi tunjuk ajar kepada mereka yang mempunyai minat yang sama dalam dunia fesyen menerusi medium media sosial," katanya.

Tambah menarik lagi apabila Wak Doyok bakal dicabar model cilik, Muhammad Rizqie Zaidani atau lebih terkenal dengan nama Ikie Coki.

Pencalonan awal ikon fesyen dua generasi ini tentunya bakal mencetuskan fenomena di kalangan pengikut dunia fesyen.

Berdasarkan senarai pencalonan awal, Rizqie, 5, akan bersaing dengan 22 nama besar yang berpengalaman luas dalam dunia fesyen dan peragaan tempatan serta antarabangsa.

Tidak keterlaluan Rizqie boleh dikatakan sebagai trendsetter dunia fesyen kanak-kanak yang sentiasa tampil dengan gaya penuh glamor dan stylo.

Pengaruhnya di media sosial tidak kurang hebatnya apabila setakat ini Rizqie mempunyai seramai 55,000 pengikut di Instagram miliknya iaitu @ikie_coki.

Dengan lagaknya seperti fashionista berpengalaman, Rizqie sentiasa muncul bergaya dengan skinny jeans yang dipadankan bersama kemeja-t dan jaket, berkacama hitam serta rambut yang disisir rapi.

Selain Rizqie dan Wak Doyok, antara selebriti lain yang turut tersenarai dalam pencalonan awal Ikon Fesyen APO 2016 ialah Vivy Yusof, Rozita Che Wan, Nazim Othman, Nur Fazura, Sazzy Falak, Awal Ashaari, Marion Caunter, Neelofa, Bella Alyahya serta Scha Al Yahya.

Pereka fesyen terkenal seperti Jovian Mandagie dan Ezuwan Ismail turut tercalon dalam kategori Ikon Fesyen APO 2016.

Pembaca mStar Online dan pendengar Suria FM boleh terlibat dalam pengundian awal untuk mencari lima pencalonan utama bagi setiap kategori yang dibuka bermula 3 Mac hingga 31 Mac.

Selepas itu proses pengundian lima pencalonan bagi mencari pemenang utama setiap kategori pula dibuka bermula 1 April hingga 27 April depan.

Pencalonan dan pengudian secara dalam talian boleh dibuat dengan melayari laman web khas iaitu http://apo.mstar.com.my

Sebarang perkembangan terkini mengenai APO2016 juga boleh diikuti di laman Facebook https://www.facebook.com/AnugerahPilihanOnline

Anugerah yang bertemakan Glam Digital itu bakal bersiaran secara langsung di TV2 pada 30 April depan.



iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan