Pelukis Pekak Dan Bisu Berbicara Melalui Lukisan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 10:02 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Dia cacat pendengaran dan separa bisu, namun Quek Jing Ni, 21, mampu berbicara dan meluahkan perasaannya dengan baik melalui lukisan.

Pelajar reka bentuk grafik Politeknik Sultan Ibrahim ini menemui cintanya terhadap lukisan sejak di tadika lagi, di mana dia begitu gemar melihat gambar-gambar pemandangan dan haiwan.

Semakin meningkat usia, dia semakin bersemangat untuk melukis dan sedar bahawa dia mempunyai bakat melukis potret.

"Oleh kerana saya tidak boleh mendengar atau bercakap, saya suka memerhatikan ekspresi seseorang dan wajah mereka apabila mereka bercakap," katanya dalam bahasa isyarat kepada pensyarahnya, Mohd Redzuan Husaini yang kemudian menterjemahkannya kepada pemberita, Khamis.

Quek berkata dia terpaksa menghadiri beberapa kelas yang menggunakan bahasa isyarat tetapi dengan kelas seni, dia tidak berdepan sebarang batasan dan boleh terus berkarya tanpa halangan.

Bakat yang ada pada Quek telah menyebabkan dia dipilih oleh politeknik itu untuk melukis potret Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, yang diserahkan selepas majlis pelancaran dewan serbagunanya yang baharu.

Dia berkata, dia mula melukis potret menggunakan pastel lembut pada Isnin dan dapat menyiapkannya dalam masa satu hari, dengan berpandukan gambar Raja Zarith Sofiah baru-baru ini.

"Melihat lukisan saya diserahkan kepadanya membuatkan saya gembira dan berpuas hati.

"Permaisuri adalah seorang wanita yang cantik dan elegan," katanya.

Quek, anak sulung daripada tiga adik-beradik, berharap untuk menjadi seorang pelukis yang berjaya.

Terdahulu, Raja Zarith Sofia mengumumkan nama baharu dewan itu iaitu Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil.

Ia dinamakan selepas kemangkatan putera Johor baru-baru ini.

Raja Zarith Sofiah turut melawat gerai-gerai pameran untuk melihat ciptaan pelajar, yang menampilkan reka bentuk fesyen, robotik, karya seni dan hiasan makanan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan