Lebih 10,000 Orang Asli Miskin Tegar Dapat Manfaat Beras Percuma

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 10,000 orang Asli miskin tegar di seluruh negara akan mendapat manfaat beras percuma di bawah program MyBeras mulai Mei ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Datuk Hasnan Hassan berkata kira-kira 10,000 ketua isi rumah orang Asli miskin tegar yang berdaftar dalam e-Kasih bakal menerima bantuan berkenaan.

Beliau berkata pihaknya akan menghantar senarai nama mereka kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Pegawai-pegawai Jakoa di peringkat negeri dan daerah akan mengagihkan sumbangan itu kepada golongan itu kelak, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Pada 28 Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan langkah pengubahsuaian Bajet 2016 mengumumkan setiap keluarga miskin tegar yang berdaftar akan dibekalkan dengan 20 kilogram beras setiap bulan menerusi program MyBeras membabitkan peruntukan lebih RM100 juta.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Orang Asli , Jakoa , MyBeras

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan