Tawaran Menarik Movie Animation Park Studios Sempena Matta

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 5:08 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) memberikan tawaran menarik sempena Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) yang berlangsung bermula Jumaat sehingga Ahad ini.

MAPS dalam satu kenyataan berkata, taman tema filem animasi pertama di Asia itu menawarkan harga tiket menarik di gerai Pameran Matta di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Ipoh Parade, Perak.

“Pengunjung pameran berpeluang untuk mendapatkan tawaran menarik bagi pas Dream Day, Dream Annual dan Dream Perak,” katanya.

Bagi pas sehari Dream Day, pengunjung menikmati harga tiket RM95 (harga biasa RM155) untuk dewasa dan kanak-kanak berumur tiga sehingga 11 tahun pada harga RM75 (harga biasa RM125).

Bagi Pas Dream Annual untuk tempoh 12 bulan, setiap pembelian tiga pas akan mendapat satu pas percuma.

Harga setiap pas tahunan berharga RM280 (dewasa) dan RM250 (kanak-kanak).

Pembelian bagi empat pas Dream Perak yang berharga RM180 (dewasa) dan RM150 (kanak-kanak) setiap satu pula akan mendapatkan satu pas percuma.

Orang ramai boleh berkunjung ke gerap MAPS di Dewan 3, gerai 3021 di PWTC dan gerai 9 di Ipoh Parade, Perak.

Sebarang maklumat lanjut, boleh layari www.mapsperak.com atau facebook.com/mapsperak.

Tags / Kata Kunci: Movie Animation Park Studios , Matta

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan