Kedah Umum Bantuan Sara Hidup Bermula Hujung Mac

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 7:30 AM

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan pemberian bantuan sara hidup secara one-off atau sekali sahaja kepada 20,000 rakyat negeri ini bermula penghujung Mac ini.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam kenyataan ringkas dua perenggan, berkata ia bagi membantu meringankan bebanan rakyat berkaitan kos sara hidup.

"Bantuan berbentuk barangan makanan dari pejabat Menteri Besar itu akan disalurkan melalui 21 pusat khidmat wakil rakyat Barisan Nasional, dan selebihnya melalui penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN).


"Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) akan buat pemilihan penerima di setiap DUN mereka, iaitu 500 orang setiap DUN," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan