Guan Eng Anggap Pakatan Baharu Pembangkang Tak Bawa Makna

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 5:21 PM

Lim Guan Eng
(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjangkakan bahawa pembentukan pakatan baharu pembangkang oleh PAS tidak akan membawa sebarang makna jika ia gagal membawa perubahan kepada negara ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata ia adalah hak mereka untuk membentuk pakatan baharu pembangkang namun ingin tahu sama ada ia akan menjadi inklusif atau eksklusif. 

Beliau juga mempersoalkan sama ada kepimpinan PAS mampu memberikan tadbir urus yang cekap dan kekal tegas dalam membanteras rasuah. 

"Ia tidak akan menjadi bermakna jika mereka gagal untuk membawa perubahan kepada rakyat memandangkan apa yang mereka lakukan di Kelantan di mana mereka tidak dapat menyediakan tadbir urus yang baik, "katanya kepada pemberita selepas merasmikan kilang baharu Atotech di sini, Jumaat.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata PAS akan membentuk pakatan pembangkang yang baharu dengan sebuah parti yang tidak dinamakan menjelang pilihan raya umum yang akan datang. -- Bernama



Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , PAS , Takiyuddin Hassan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan