Cadangan Ambil Pengawal Keselamatan Sri Lanka Masih Dikaji - Alwi

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 8:37 PM

Alwi Ibrahim.

Alwi Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mengkaji cadangan untuk mengambil pengawal keselamatan dari Sri Lanka dan keputusan mengenainya masih belum dibuat.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata kajian terhadap cadangan itu perlu mengambil kira kepada faktor permintaan dalam negara, keperluan guna tenaga sebenar dan implikasi kepada keselamatan serta ketenteramaan awam.

"KDN menerima beberapa cadangan daripada pihak industri perkhidmatan kawalan keselamatan untuk mengkaji semula dasar sedia ada yang hanya membenarkan warganegara Nepal untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia memandangkan mereka yang berpengalaman atau bekas tentera di negara itu semakin berkurangan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengenai tindakan untuk tidak hanya membenarkan rakyat Nepal sebagai sumber utama pengawal keselamatan tetapi membukanya kepada warga Sri Lanka.

Menurut Alwi, KDN sentiasa mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan semua kementerian dan agensi keselamatan serta pihak industri perkidmatan kawalan keselamatan sebelum membuat sebarang dasar dan keputusan untuk membenarkan mana-mana warganegara asing lain bekerja sebagai pengawal keselamatan di negara ini.

"Pada masa ini, KDN hanya membenarkan pengawal keselamatan warganegara Nepal untuk bekerja bagi tempoh tiga tahun sahaja," katanya.

Namun, Alwi berkata, mereka boleh memohon pelanjutan tempoh bagi tahun keempat dan kelima sekiranya masih mendapat permohonan daripada syarikat kawalan keselamatan tertakluk kepada dasar perkhidmatan pekerja asing di negara ini.

Sebelum ini, Nur Jazlan berkata rakyat Nepal bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasaran tempatan adalah mencukupi.

Katanya, kerajaan cuma perlu memastikan tiada lagi Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) yang memenuhi operasi kawalan keselamatan sebelum membuka pasaran baharu.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan