Bedak Talkum Johnson & Johnson Selamat Digunakan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 7:59 PM

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA

Dr Noor Hisham Abdullah.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Formulasi bedak talkum yang dipasarkan di Malaysia oleh syarikat Johnson & Johnson mematuhi keperluan yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bedak talkum diperbuat daripada talkum yang juga dikenali sebagai 'hydrated magnesium silicate' yang wujud secara semulajadi.

"Talkum boleh dikelaskan kepada gred industri dan gred kosmetik/farmaseutikal dan talkum gred kosmetik/farmaseutikal lazimnya lebih tulen dan tidak mengandungi asbestos (bahan yang dipercayai boleh menyebabkan kanser)," katanya.

Noor Hisham mengulas laporan media antarabangsa dan tempatan baru-baru ini serta kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang semalam berhubung bedak talkum  dikaitkan dengan kejadian barah.

Menurut beliau, talkum tidak disenaraikan sebagai bahan larangan di dalam formulasi produk kosmetik dan digunakan dalam sesuatu sediaan kosmetik kerana mempunyai ciri seperti menyerap kelembapan, agen pelincir, agen penyejuk dan agen pembawa bahan pewangi, katanya.

Katanya, bahan itu digunakan secara meluas dalam produk kosmetik di seluruh dunia termasuk di negara Eropah, Kanada, Amerika dan Asia.

Sehingga kini, tiada sebarang kesan advers dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah yang melibatkan isu keselamatan penggunaan bahan tersebut di dalam produk kosmetik.

Di samping itu, katanya terdapat satu kajian kohort propektif daripada Womens Health Initiative (WHI), yang mendapati tiada kaitan antara penggunaan talkum kosmetik dan risiko kanser ovari.

"Sebarang maklumat terkini yang berkaitan dengan isu keselamatan sesuatu produk akan dinilai dan Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan regulatori yang sewajarnya jika diperlukan.

"Kementerian juga akan terus prihatin dengan mana-mana kajian semasa yang dikeluarkan dan memantau keadaan dengan teliti untuk sebarang perkembangan terbaharu," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Johnson & Johnson , bedak talkum

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan