Zahid Samakan Keselamatan Makanan Dengan Keselamatan Nasional

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2016 3:25 PM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperkenalkan buah-buahan tempatan kepada Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (FAO) Dr Jose Graziano da Silva pada perasmian Persidangan Serantau FAO bagi Asia dan Pasifik Ke-33 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Khamis. Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (depan kanan).

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyamakan keselamatan makanan dengan keselamatan nasional.

"Kita sudah lihat banyak kes apabila sesebuah negara runtuh, makanan sukar diperoleh kerana soal keselamatan nasional dikompromikan," katanya sambil menegas prasyarat untuk mengekalkan jaminan makanan adalah keselamatan nasional.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Serantau untuk Asia dan Pasifik Ke-33 Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) di sini.

Sambil menyatakan soal keselamatan nasional cukup dekat di hatinya sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau berkata pengeluaran makanan adalah sukar jika sesebuah negara dibelenggu peperangan.

Katanya berkata beliau komited memastikan keselamatan nasional serta kestabilan serantau diperkukuhkan dan dipertahankan."Hanya selepas itu, agenda keselamatan makanan menjadi realiti," katanya.

Beliau juga berkata terdapat tiga pendekatan untuk memastikan keselamatan  makanan dan kedaulatan makanan di rantau ini.

Pendekatan itu adalah merangsang pelaburan sektor swasta dalam pertanian, menangani isu perubahan iklim dengan pertanian mapan dan mengurangkan kemiskinan dengan memanfaatkan biodiversiti, katanya.

"Saya cukup yakin ketiga-tiga pendekatan ini mampu menyemarakkan pembangunan rantau ini," katanya sambil berharap adanya perbincangan yang aktif mengenai perkara itu bagi kepentingan negara anggota.

Ahmad Zahid berkata Malaysia ialah satu daripada 72 negara di dunia yang mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Milenium-1 (MDG-1) untuk membasmi kemiskinan dan kelaparan.

Pada 2014, katanya Malaysia adalah antara 13 negara yang menerima pengiktirafan FAO atas pencapaian cemerlang dalam menangani kelaparan, mengatasi tarikh akhir MDG pada penghujung 2015.

"Namun kami tidak berhenti di situ," katanya sambil menambah kerajaan terus menangani isu kemiskinan menerusi Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Ekonomi lima tahun.

Merujuk kepada fakta pembaziran satu pertiga daripada makanan di seluruh dunia setiap tahun, Ahmad Zahid meminta anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyokong inisiatif FAO menangani pembaziran itu dengan membantu mengurangkan kesan karbon disebabkan pengeluaran makanan yang berlebihan.

Pada akhir majlis itu, Ahmad Zahid turut melancarkan kempen MySaveFood, satu inisiatif global untuk mengurangkan pembaziran makanan.

Persidangan lima hari yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sejak 7 Mac, dikendalikan Kementerian Pertanian dan Asas Tani serta dihadiri delegasi daripada 46 negara Asia-Pasifik.-- Bernama

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan