Waspada Agenda Pihak Terlibat 'Deklarasi Mahathir'

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2016 7:32 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Rakyat diminta berwaspada dengan agenda pihak yang terlibat dengan 'Deklarasi Mahathir' terutama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong.

Timbalan Presiden MCA itu berkata pada suatu ketika kedua-dua pemimpin itu begitu berdendam antara satu sama lain tetapi sekarang semuanya dilupakan hingga pelbagai pihak keliru dan hairan apakah percaturan politik yang cuba dimainkan.

"Saya rasa mereka punya satu matlamat sahaja iaitu menjatuhkan kerajaan.

"Kita sepatutnya tumpukan kepada soal macam mana nak menambah pendapatan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Melaka Machap Baru Food and Cultural Night' di Machap Walk, di sini pada Rabu malam.

Beliau mengulas tentang tindakan Lim dan DAP bekerjasama dengan Dr Mahathir untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.

Wee berkata MCA akan tetap berdiri teguh di belakang Najib dan menyokong Barisan Nasional terus meneraju negara.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Kampung Machap Baru di sini dilihat akan menjadi satu tarikan pelancongan di negeri Melaka dengan pembukaan Machap Walk yang menempatkan 146 peniaga Melayu, India dan Cina.

Beliau berkata kampung yang berusia 60 tahun itu bukan sahaja akan menjadi pusat ekonomi penduduk setempat tetapi juga mampu meningkatkan industri pelancongan di Melaka.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan