Tony Pua Mahu PAC Siasat SRC International Selepas 1MDB - Berita Semasa | mStar

Tony Pua Mahu PAC Siasat SRC International Selepas 1MDB

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2016 5:10 PM

tony pua

Tony Pua.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua mahu jawatankuasa itu menyiasat SRC International Sdn Bhd selepas ia melengkapkan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pua yang juga Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara berkata, terdapat keperluan untuk menyiasat SRC berikutan banyak persoalan yang dibangkitkan.

SRC merupakan bekas anak syarikat 1MDB yang kini di bawah Kementerian Kewangan.

"PAC boleh siasat SRC International. Sebaik sahaja kita siasat 1MDB, saya akan cadangkan siasatan terhadap SRC," katanya pada sidang media di Parlimen, Khamis.

"Jika saya bangkitkan sekarang, mereka mungkin akan jadikan alasan untuk menangguhkan lagi siasatan terhadap 1MDB," tambahnya.

Pua berkata, ia bergantung kepada Pengerusi PAC, Datuk Seri Hasan Arifin dalam memutuskan sama ada SRC perlu disiasat.

Ahli Parlimen pembangkang terus mempersoalkan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali yang menutup kes SRC International dan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tags / Kata Kunci: Tony Pua , 1MDB , SRC International

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan