#APO2016 Medan Ikon Viral Berentap - Berita Semasa | mStar

#APO2016 Medan Ikon Viral Berentap

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2016 11:21 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kemunculan mereka mencetuskan fenomena. Tidak kira sama ada melalui Facebook, Twitter, Instagram mahupun Youtube, setiap posting mereka dikongsi dan diulang siar oleh netizen hingga menjadi viral.

Sebut saja nama Faizdickie, Ucopppp, IniAnwarHadi, Mat Luthfi, Jadilah Seperti Rashid mahupun Syed Saddiq, masing-masing mempunyai kelainan  tersendiri ketika berkarya di media sosial.

Buat julung kalinya kesemua mereka bakal berentap dalam satu pentas menerusi Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016).

Ikon viral yang menjadi ikutan ramai ini bakal merebut gelaran Selebriti Media Sosial Pilihan Online di malam kemuncak APO2016 yang bakal berlangsung pada 30 April depan.

Sehingga kini kami menerima 12 pencalonan awal bagi kategori Selebriti Media Sosial Pilihan Online.

Bagaimanapun anda boleh menambah pencalonan lain di laman web khas iaitu http://apo.mstar.com.my/calon-apo.aspx

Lima pencalonan paling banyak akan layak ke peringkat seterusnya iaitu pengundian yang bermula 1 April ini bagi merebut trofi Selebriti Media Sosial Pilihan Online.

APO2016 dianjurkan bersama mStar Online dan Suria FM dan dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi.

Ia akan disiarkan secara langsung pada 30 April depan menerusi TV2 pada pukul 9 malam bertemakan Glam Digital.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan