Adenan: 'Deklarasi Rakyat' Dr M Sia-Sia - Berita Semasa | mStar

Adenan: 'Deklarasi Rakyat' Dr M Sia-Sia

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2016 10:12 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: 'Deklarasi Rakyat' yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya akan menjadi satu langkah yang sia-sia, kata Tan Sri Adenan Satem.

Ketua Menteri Sarawak itu berkata, pengisytiharan itu telah dihasilkan oleh kumpulan yang dahulunya pernah menjadi 'musuh besar' antara satu sama lain.

"Ia akan menjadi usaha sia-sia dan saya terkejut kerana Tun Mahathir membenarkan dirinya diperalatkan.

"Wan Azizah berkata mereka akan menggunakan semua itu untuk membebaskan Anwar. Saya rasa ia sangat ironik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya parti itu di PBB cawangan Kemena di Bintulu pada Rabu.

Beliau merujuk kepada kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang dilaporkan berkata deklarasi itu boleh ditafsirkan sebagai pengakuan tidak langsung bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjadi mangsa politik.

Dalam perkembangan berasingan, Adenan mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri Jepak, Datuk Talib Zulpilip dan Adun Kemena, Datuk Dr Stephen Rundi akan mempertahankan kerusi mereka pada pilihan raya negeri akan datang.

Selain itu Adenan berkata beliau akan mengumumkan semua calon Barisan Nasional sebelum akhir bulan ini.

Tags / Kata Kunci: Adenan Satem , Dr Mahathir Mohamad
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan