Akta Perlindungan Pemberi Maklumat Akan Disemak - Menteri

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2016 3:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA) 2010 bgi menjadikannya lebih berkesan dalam memerangi rasuah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, kementerian berkenaan akan melihat semula perundangan itu bagi memastikan pemberi maklumat dilindungi secukupnya.

Ia termasuk proses memberi maklumat antaranya menyediakan saluran yang boleh dipercayai bagi saksi memberi maklumat selain bidang pentadbiran, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Perolehan dan Integriti Tahunan Ke-5 bagi Sektor Awam dan Swasta 2016 di sini, Khamis.

"Saya tidak fikir Akta ini mencukupi. Ia memerlukan beberapa perubahan dan saya sedang melihatnya," katanya.

WPA bertujuan menggalak dan memudahkan saksi mendedahkan amalan rasuah dan salah laku lain tanpa rasa takut. Ia juga melindungi orang ramai yang membuat pendedahan daripada tindakan berbahaya.

Low berkata beliau juga akan mengusahakan agar Rang Undang-Undang Liabiliti Korporat dibentangkan di Dewan Rakyat tahun ini.

Antara perkara penting dalam rang undang-undang ini yang bertujuan mempromosi integriti dan urus tadbir baik dalam sektor korporat ialah bagi mempertanggungjawabkan syarikat ke atas sebarang amalan rasuah yang dilakukan pekerja mereka.

"Ia (drafnya) kini dalam peringkat akhir. Saya akan berusaha untuk ia dapat dibawa ke Dewan Rakyat tahun ini," katanya.

Mengenai Indeks Persepsi Rasuah 2015 yang menyaksikan ranking Malaysia jatuh kepada tangga 54 daripada 50 dalam 2014, beliau berkata indeks tersebut tidak boleh dilihat sebagai faktor utama untuk menentukan keadaan negara.

"Secara umum, kita sedang bergerak ke arah urus tadbir baik. Ia merupakan perjalanan jauh. Persepi akan berubah bila perubahan yang kita lakukan dirasai oleh rakyat.

"Peperangan tidak dimenangi hanya dengan satu pertempuran dan kita berharap akan menambah baik ranking tahun depan dan ke tempat ke-17 menjelang 2020," katanya.-- Bernama

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan