53 Langkah Kurangkan Kos Kerajaan

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2016 8:17 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan telah memperkenalkan 53 langkah secara meluas untuk mengoptimumkan perbelanjaan awam dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Ini termasuk membekukan pengambilan kakitangan baharu, kawalan ketat ke atas kerja lebih masa, sekatan ke atas pelbagai perbelanjaan dan potongan minimum sebanyak 30 peratus dalam menguruskan perbelanjaan acara kerajaan.

Langkah-langkah yang berkuat kuasa pada 1 Mac lalu adalah termasuk arahan kepada semua agensi untuk mengurangkan bilangan pakaian seragam yang dikeluarkan kepada pegawai dari tiga set setiap tahun kepada dua.

Langkah-langkah yang disenaraikan dalam Pekeliling Perbendaharaan bertajuk "Garis Panduan Langkah-Langkah untuk Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan" telah dimuat naik di laman web Kementerian Kewangan.

Senarai penuh mengenainya boleh diakses secara online di laman web kementerian di http://1pp.treasury.gov.my/makluman/pindaan/217

Pekeliling itu mengarahkan semua ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan, ketua badan-badan berkanun, ketua eksekutif syarikat-syarikat berhad dengan jaminan dan ketua-ketua agensi lain yang menerima peruntukan daripada kerajaan untuk menjalankan semua langkah-langkah yang digariskan.

"Perkembangan semasa ekonomi serantau dan global memberi kesan kepada kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan berikutan kutipan hasil Kerajaan yang terjejas.

"Bagi memastikan sasaran fiskal yang ditetapkan dapat dicapai, maka langkah mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan dilaksanakan secara menyeluruh agar sumber dapat diurus dengan lebih cekap dan berkesan.," demikian menurut pekeliling itu.

Ia juga menyatakan bahawa pewujudan jawatan baharu tidak dibenarkan kecuali melalui kaedah tukar ganti dan pindah butiran serta tiada implikasi kewangan tambahan.

Bagaimanapun pewujudan jawatan baharu hanya dibenarkan bagi jawatan kritikal yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, penguatkuasaan dan kutipan hasil negara namun perlu dilaksanakan dengan kawalan ketat.

Selain itu pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus yang diperkenalkan pada 1 Jan 2014 dikekalkan dalam pekeliling tersebut.

Di samping itu pekeliling berkenaan menyatakan bahawa menteri, timbalan menteri, ketua setiausaha kementerian dan ketua-ketua jabatan yang dibenarkan hanya boleh membawa seorang pegawai bersama mereka untuk lawatan kerja ke luar negara bagi negara yang mempunyai pejabat perwakilan Malaysia.

Namun di negara-negara yang tidak mempunyai pejabat perwakilan Malaysia, jumlah pegawai yang boleh dibawa mestilah tidak lebih daripada dua orang.

Selain itu pegawai kerajaan dibenarkan membeli sendiri tiket penerbangan daripada syarikat penerbangan atau agensi pelancongan yang menawarkan harga lebih rendah dan memberikan penjimatan berbanding menggunakan Waran Perjalanan Udara Awam.

Tags / Kata Kunci: Kementerian Kewangan

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan