Pelajar Teruja Telur Ayam Menegak Semasa Cerap Gerhana Matahari

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2016 10:30 AM

Tarikan graviti antara bumi, matahari dan bulan yang sangat kuat menyebabkan telur dalam keadaan menegak semasa proses gerhana matahari, Rabu.

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Kejayaan menegakkan telur ayam semasa gerhana matahari separa adalah di antara aktiviti yang mengujakan bagi pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu di sini sewaktu program pencerapan anjuran Observatori Negara Langkawi (ONL).

Fenomena yang berlaku ekoran peningkatan graviti semasa gerhana itu menjadi pengalaman menarik bagi para pelajar berkenaan yang rata-ratanya belum pernah menyaksikan kejadian itu sebelum ini.

"Ia merupakan peluang yang tidak selalu berlaku yang dapat dipelajari oleh pelajar-pelajar muda ini," kata Penolong Pegawai Sains ONL, Karzaman Ahmad semasa ditemui dalam program itu.

Menurutnya ONL menyediakan empat peralatan pencerapan mudah alih selain skrin layar besar dan projektor bagi membolehkan pelajar-pelajar serta orang ramai menyaksikan gerhana itu yang bermula kira-kira pukul 7.33 pagi dan berakhir dua jam kemudiannya.

"Solat sunat gerhana turut diadakan selain aktiviti pameran, kuiz dan ceramah yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelajar dan guru sekolah ini," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: ONL , gerhana matahari , Sungai Menghulu , Langkawi

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan