"Saya Tak Akan Keluar Parti" - Ahmad Said

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2016 7:45 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Walaupun usul undi tidak percaya terhadap menteri besar ditolak, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan beliau tidak akan keluar daripada Umno.

Bekas menteri besar itu pernah mengejutkan negara tahun lalu dengan ancaman untuk meninggalkan parti bersama dua wakil rakyat Umno yang lain.

Ancamannya itu boleh menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa di negeri ini.

Pada Selasa Ahmad berkata, jika beliau inginkannya, perkara itu boleh dilakukan beberapa tahun lalu.

"Jika saya ni tidak baik, saya akan lakukan awal-awal dulu.

"Mudah untuk saya tinggalkan parti serta ia akan menyaksikan perubahan parti pemerintah.

"Namun apa yang kami mahu ialah perubahan menteri besar. Ia bukan mengenai untuk memilih PAS atau mana-mana parti pembangkang lain untuk memerintah negeri ini," katanya.

Katanya pada ketika ini BN memiliki 17 kerusi manakala 15 kerusi lagi adalah milik pembangkang.

"BN masih boleh terus memerintah walaupun terdapat perubahan menteri besar," kata Ahmad pada sidang media selepas persidangan penggal keempat Dewan Undangan Negeri ke-13 pada Selasa.

Terdahulu Ahmad mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman semasa persidangan DUN Terengganu.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Said , Ahmad Razif Abd Rahman

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan