Umno Kangar Sokong Najib, Gesa Tindakan Tegas Terhadap Muhyiddin, Mukhriz

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2016 12:47 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Umno Bahagian Kangar mendesak Majlis Tertinggi Umno mengambil tindakan tegas terhadap ahlinya yang menyertai deklarasi 'selamatkan Malaysia' yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menganggap ia penghinaan dan pencabulan terhadap proses demokrasi negara ini.

Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Azlan Man berkata, tindakan kumpulan berkenaan yang mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri jelas mengkhianati perjuangan Umno.

"Tindakan segelintir pemimpin Umno berkongsi platform dengan pemimpin pembangkang untuk 'menikam' kepimpinan tertinggi dan menjatuhkan kerajaan tidak boleh diterima sama sekali dan ia jelas bertentangan dengan etika parti, semangat parti dan mengkhianati perjuangan parti.

"Justeru wajarlah tindakan disiplin yang tegas diambil ke atas pemimpin-pemimpin yang terlibat selaras dengan peruntukan dan peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan Umno," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Jumaat lalu, Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama Dr Mahathir menandatangani 'Deklarasi Rakyat' bagi menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Turut sama menyokong gerakan berkenaan ialah 50 yang lain termasuk pemimpin dan aktivis pembangkang antaranya ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menyentuh mengenai perkembangan berkenaan, Azlan yang juga Menteri Besar Perlis berkata, matlamat yang diperjuangkan gerakan berkenaan tidak mencerminkan hasrat dan aspirasi majoritI rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, keharmonian, kestabilan politik dan amalan demokrasi.

"Ia lebih bersifat dan beragenda peribadi individu dan kelompok tertentu. Ia hanya bertujuan untuk menimbulkan kekeliruan, menanam rasa ketakutan dan kebencian keatas kepimpinan tertinggi kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

"Tindakan mendesak Datuk Seri Najib meletak jawatan secara paksa dengan mengenepikan proses demokrasi menggambarkan ketandusan kematangan dan kebijaksanaan politik mereka yang terlibat.

"Ini adalah satu penghinaan dan pencabulan hak rakyat dalam memilih pemimpin dan Kerajaan melalui proses demokrasi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Azlan Man , Umno

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan