Kesunyian Antara Punca Wanita Jadi Mangsa Jenayah Cinta Siber

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2016 3:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kesunyian merupakan antara faktor wanita di negara ini mudah terpengaruh dengan penipuan cinta siber sehingga mengalami kerugian wang ringgit yang begitu banyak, kata Komisioner Datuk Hamza Taib.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu  berkata kebanyakan mereka adalah golongan bekerjaya dan fasih berbahasa Inggeris yang memudahkan penjenayah terutamanya dari negara luar mengambil kesempatan.

"Penjenayah cinta siber ini sudah mempunyai skrip untuk mendekati wanita ini selain mereka (penjenayah) meletakkan gambar yang tampan dan gagah seperti Shah Rukh Khan, namun realitinya adalah Negro (warganegara Afrika)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Cherating yang baharu dekat sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Pahang Deputi Komisioner Datuk Fatimah Ghazali.

Hamza mengulas laporan media semalam yang mengatakan kes jenayah cinta siber membabitkan wanita sebagai mangsa di negara ini semakin membimbangkan berikutan kes itu meningkat setiap tahun.

Pegawai penyiasat Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia JSJK Bukit Aman Asisten Superitendan Mohd Syafiq Jinuin Abdullah dipetik berkata sebanyak 1,646 kes jenayah siber dilaporkan membabitkan kerugian lebih RM56 juta pada tahun lepas.

Mengulas lanjut, Hamza berkata terdapat juga wanita yang sudah berumah tangga menjadi mangsa dalam kes jenayah penipuan cinta siber berkenaan. 

"Jadi masyarakat negara ini kena sentiasa beringat-ingat dengan kegiatan love scam (penipuan cinta) ini. Jangan mudah sangat terpengaruh dengan semua ini yang akhirnya boleh mendatangkan kerugian yang banyak," katanya. 

Mengenai usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatasi masalah itu, beliau berkata selain pelaksanaan kempen kesedaran, pasukan itu juga dilatih cara menangani pelbagai jenis jenayah siber.

"Sekarang fokus kita lebih kepada (menangani) jenayah siber kerana jenayah siber ini semakin meningkat. Bukan love scam ini sahaja, jenayah melibatkan 'along' pun banyak juga dalam (ruang) siber," katanya.

Hamza berkata pihaknya mempunyai kepakaran dan kemudahan untuk mengesan penjenayah siber dengan efisien bagi mengheret mereka ke muka pengadilan. -- Bernama 



Tags / Kata Kunci: Hamza Taib , Bukit Aman , cinta siber

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan