JomTaxi Tawar Fi Tempahan RM1

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2016 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aplikasi mudah alih terbaharu perkhidmatan pengangkutan, JomTaxi memberi jaminan hanya dalam lima minit teksi yang ditempah akan tiba untuk menghantar penumpang ke destinasi.

Bagi memudahkan orang ramai, JomTaxi menggunakan tiga bahasa pengantaraan dengan fi tempahan teksi hanya RM1.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JomTaxi, Valenthiran Subramaniam berkata, dengan mengenakan bayaran RM1 sebagai kos perkhidmatan, pengguna boleh menempah teksi melalui aplikasi yang disediakan tanpa perlu menunggu di tepi jalan.

Katanya, setakat ini, kira-kira 500 pemandu telah berdaftar dengan JomTaxi dan menjangkakan 500 lagi akan berbuat demikian.

"Dengan JomTaxi, pergerakkan pemandu yang berdaftar dapat dipantau oleh pihak JomTaxi sekiranya pemandu enggan mengambil penumpang yang melanggan perkhidmatan di sekitar 10 kilometer. Selepas tiga minit penumpang melanggan dan masih tidak mendapat perkhidamatan, pihak JomTaxi akan menghantar kakitangan mereka ke lokasi yang diminta.

"Sekiranya pemandu yang berdaftar melanggar syarat atau ingkar arahan kakitangan JomTaxi, perkhidmatan mereka bersama JomTaxi mungkin ditamatkan," katanya.

Beliau yang juga CEO i-Cab yang juga syarikat pengiklanan teksi, penumpang juga berpeluang memberi penarafan bintang kepada pemandu.

Majlis perasmian perkhidmatan ini dijangka berlangsung minggu depan dan ketika ini ia boleh dimuat turun daripada Google Play Store dan diikuti Apple's App Store dalam masa terdekat.



Tags / Kata Kunci: JomTaxi , i-Cab

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan