Reformasi Bukan Campur Bidang Kuasa Parlimen - Azalina

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2016 7:23 PM

Azalina Othman Said.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Reformasi parlimen bertujuan untuk melicinkan proses transformasi Parlimen dan tidak berhasrat untuk mencampuri bidang kuasa Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Jelasnya, kerajaan mengalu-alukan kenyataan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Rabu berkenaan transformasi Parlimen.

"Kerajaan menyambut baik kenyataan tersebut dan komited untuk bersama-sama memastikan transformasi Parlimen berjaya dilaksanakan. 

"Kerajaan juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat kerana membuat penjelasan kepada pihak media bagi mengelak sebarang salah faham yang pihak eksekutif cuba untuk campur tangan dalam hal ehwal  pihak legislatif," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Azalina berkata, transformasi berkenaan juga akan memberi lebih banyak ruang kepada anggota-anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk berbahas dan menyediakan platform untuk mereka bertanya terus kepada menteri mengenai isu-isu semasa.

Menurut Azalina, kerajaan meneliti kesemua cadangan berhubung reformasi Parlimen yang dibawa sebelum ini dan bersetuju dengan tiga daripada empat cadangan tersebut dalam mesyuarat Kabinet pada 20 Januari lalu. 

Tambahnya, beliau bersama Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee telah mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Australia pada 22 dan 23 Februari lalu bagi mengkaji perlaksanaan Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan.

Tags / Kata Kunci: Azalina Othman Said

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan