MCMC Rekod 20 Juta Pengguna Internet Dalam Negara - Berita Semasa | mStar

MCMC Rekod 20 Juta Pengguna Internet Dalam Negara

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2016 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merekodkan kira-kira 20 juta pengguna Internet dalam negara sehingga kini, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata berdasarkan rekod berkenaan, laman sosial Facebook mencapai lebih 41 peratus pengguna memandangkan platform berkenaan paling berkesan dalam mempromosikan maklumat seperti produk terkini dengan cepat serta menepati sasaran.

"Aktiviti penjualan dan pembelian melalui Internet turut meningkat dan MDEC, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia menganggarkan RM40 juta hasil melalui aktiviti penjualan dalam talian menerusi program E-Rezeki dan E-Usahawan," katanya.

Menjawab soalan Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (BN-Silam) yang ingin tahu kes penipuan jualan barangan di Internet, Jailani berkata dari 2008 hingga 2013, MCMC menerima 1,630 aduan berkaitan jenayah siber termasuk aduan pembelian dalam talian.

Bagi tempoh Jan 2014 hingga Feb 2016 sahaja, MCMC menerima 391 aduan untuk masalah yang sama, katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: MCMC , Jailani Johari , Dewan Rakyat
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan