Pengarah SPRM Selangor Bertukar Ke Johor - Berita Semasa | mStar

Pengarah SPRM Selangor Bertukar Ke Johor

Diterbitkan: Selasa, 8 Mac 2016 8:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor Datuk Simi Abd Ghani adalah antara enam pegawai kanan SPRM yang ditukarkan ke negeri dan bahagian lain berkuat kuasa Selasa depan.

Simi akan menjadi Pengarah SPRM Johor, manakala tempatnya akan digantikan Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) Datuk Norazlan Razali, menurut kenyataan SPRM di sini, Selasa.

Selain itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya Datuk Moh Samsudin Yusoff bertukar sebagai Pengarah SPRM Kelantan.

"Beliau akan menggantikan Datuk Abd Aziz Aban yang mengambil alih jawatan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam Junipah Wandi pula dilantik sebagai Pengarah BPIA baharu, manakala Timbalan Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias dilantik sebagai Pengarah SPRM Melaka. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: SPRM , Selangor

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan