Pemimpin Akar Umbi Saran Pemutihan Umno

Diterbitkan: Selasa, 8 Mac 2016 6:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno digesa melancarkan 'pemutihan' dalaman secara besar-besaran terhadap semua pihak yang menentang pentadbiran presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Kelab Naib Ketua Umno Bahagian 1Malaysia, Datuk Muhammad Anuar Mohd Yunus berkata, usaha pemutihan itu perlu dimulakan dengan pemecatan Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Kami juga menyarankan Majlis Tertinggi (MT) Umno memecat keahlian Tan Sri Sanusi Junid.

"Susulan itu kami juga mengusulkan harapan agar Majlis Tertinggi mempertimbangkan usaha pemutihan yang lebih luas untuk membersihkan parti daripada mana-mana individu yang tidak mampu sehaluan, taat dan setia bersama pucuk pimpinan parti," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.

Hadir sama pada sidang media itu ialah 80 naib ketua Umno bahagian dari seluruh negara.

Kumpulan itu turut menyerahkan memorandum menyatakan kesetiaan kepada Najib yang juga Perdana Menteri kepada wakil Ibu Pejabat Umno.

Selain itu Muhammad Anuar berkata, kumpulan itu turut mendesak supaya kerajaan melucutkan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dipengerusikannya iaitu Petronas, Proton Holdings serta Yayasan Kepimpinan Perdana.

Gesaan itu dibuat susulan tindakan Dr Mahathir bersama 50 yang lain termasuk pemimpin dan aktivis pembangkang menandatangani 'Deklarasi Rakyat' bagi menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

Turut sama ialah Muhyiddin dan  Yassin dan Mukhriz.

Deklrasi itu turut mendapat sokongan daripada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik serta Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Kami melafazkan kekecewaan dan rasa tersinggung yang amat mendalam di atas tindakan dan penglibatan Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz serta segelintir mantan pemimpin dan ahli Umno, yang telah secara terbuka bersekongkol untuk menurunkan Datuk Seri Najib secara tidak berperlembagaan.

"Kami mengecam dan menolak sekeras-kerasnya segala bentuk penglibatan mantan pemimpin, pemimpin semasa serta para ahli Umno yang sanggup bersetuju, bersekutu dan menurunkan tandatangan ke atas sebuah dokumen yang kononnya bersifat Deklarasi Rakyat," katanya.


Tags / Kata Kunci: Umno , 1Malaysia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan