MH370 Seperti Hampir Ditemui - Martin Dolan

Diterbitkan: Selasa, 8 Mac 2016 8:48 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pegawai pihak berkuasa Australia yang mengetuai pencarian kehilangan MH370 memberitahu kepada Guardian, pesawat Malaysia Airlines itu akan ditemui tahun ini.

Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan berkata, pesawat itu 'seperti hampir' ditemui dalam tempoh empat bulan akan datang dengan usaha pencarian kini memasuki fasa akhir.

Empat buah kapal digunakan untuk pencarian yang meliputi lebih 85,000sq km panjang dan lebar 120,000sq km dari dasar laut.

"Kami telah mencari hampir tiga suku daripada kawasan pencarian, yang meningkatkan kemungkinan ia ada di kawasan yang belum kami terokai lagi di situ," jelasnya kepada Guardian.

Pesawat Boeing 777 Penerbangan MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang pada awal pagi 8 Mac 2014, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada Julai lalu, satu serpihan sayap telah dijumpai dari jarak ribuan kilometer dengan kawasan pencarian dan disahkan sebagai serpihan dari MH370 yang menjadi bukti pertama bahawa pesawat itu jatuh.

Manakala minggu lalu dua keping serpihan terbaharu ditemui, namun ia belum disahkan sama adalah objek dari MH370 atau sebaliknya.

Tags / Kata Kunci: MH370 , Martin Dolan

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan