Siasat Misteri Kehilangan MH370 Satu Penghormatan - Kok

Diterbitkan: Selasa, 8 Mac 2016 11:04 PM

Kok Soo Chon.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pada hari pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dilaporkan hilang dua tahun lalu, Datuk Kok Soo Chon, individu yang ditugaskan mengetuai pasukan penyiasat pesawat malang itu sedang menonton wayang bersama isterinya.

Ironinya, tajuk filem yang ditontonnya sekarang tepat menggambarkan tugas beliau dalam menyelaras sebuah pasukan siasatan besar yang terdiri daripada ahli dari tujuh negara.

"Bolehkah anda percaya nama rancangan tersebut sebagai Non-Stop? Dan kini tugas ini tiada henti," kata Kok.

Namun, Kok, seorang bekas ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak kisah dan mengakui tanpa pekerjaan baharu, beliau tidak tahu apa yang patut dilakukan.

Kok, seseorang yang kelihatan tegas berbual dengan pemberita di pejabatnya di Presint 15 di sini Selasa.

Beliau baharu sahaja selesai membacakan kenyataan interim berhubung MH370 yang disiarkan secara langsung menerusi stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) 1, petang Selasa.

"Kami berhasrat untuk mencari seberapa banyak kebenaran yang mungkin. Kami berada di sini dengan misi, mempunyai kerja dan satu tugasan besar.

"Dunia sedang memerhati kita dan mereka tahu apa yang berlaku kerana penutupan akan menjadi lebih baik untuk keluarga dan akan meningkatkan keselamatan penerbangan," katanya.

Beliau mengakui pasukan penyiasat berada dalam tekanan yang besar tetapi menganggap menyiasat misteri terbesar dalam sejarah penerbangan adalah satu penghormatan.

"Ia bukan satu beban. Kami datang ke dalam pasukan ini secara sukarela dan masih bekerja dengan semangat yang tinggi," katanya.

Kok dilantik mengetuai pasukan itu pada 2014 yang terdiri daripada pakar kemalangan udara dan penyiasat dari Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, Singapura, Indonesia, Australia dan China.

Lelaki berusia 65 tahun itu berkata waktu kerjanya tidak menentu kerana beliau mengadakan mesyuarat dengan individu dari seluruh dunia dengan zon masa yang berbeza.

"Kami berkomunikasi sehingga lewat malam dan awal pagi. Perkara pertama yang saya lakukan sebelum pergi bekerja dan perkara terakhir sebelum masuk tidur adalah melihat komputer riba saya.

"Pasukan saya di sini perlu meneliti semua e-mel dan artikel terbaharu mengenai pesawat itu.

"Boleh anda bayangkan berapa banyak yang dihantar kepada kami setiap hari," katanya.

Kok berkata bahagian paling mencabar dalam tugasannya adalah hakikat bahawa beliau masih belum dapat menyediakan jawapan kepada waris keluarga mangsa.

Katanya, matlamat utama pasukan adalah untuk mendedahkan laporan akhir seperti yang ditetapkan di bawah Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Lampiran 13, yang diharap akan menjawab semua persoalan mengenai kehilangan MH370.

Kok adalah seorang jurulatih terlatih dan berkhidmat sebagai Ketua Pengarah DCA pada 1999 hingga 2007.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , Kok Soo Chon

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan