MH370: Ahli Keluarga Luah Rasa Sedih

Diterbitkan: Selasa, 8 Mac 2016 4:49 PM

Antara mangsa yang berada dalam pesawat MH370.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "8 Mac 2014. Ia seolah-olah seperti semalam, namun ia tidak begitu. Namun tempoh dua tahun yang ditunggu-tunggu untuk mendapatkan jawapan tidak kunjung datang," kata Ida Hasnan, adik perempuan kepada pramugara MH370 Mohd Hazrin Mohamed Hasnan.

Ida melahirkan kesedihan beliau melalui akaun Facebooknya pada Selasa, dua tahun selepas pesawat Malaysia Airlines hilang.

"Rain Hasnan, saya merindui kamu tanpa dapat diungkapkan kata-kata, dan saya sayang kamu. Ini adalah gambar pertama yang saya kongsi selepas kamu hilang, terima kasih kepada Sariza Said (seorang sahabat yang) mengirim (nya) sehari selepas tarikh 8 haribulan itu kerana saya sedang sibuk mengikuti perkembangan terkini melalui siaran berita TV. Apa yang berlaku pada tarikh 8hb adalah sangat jelas kepada saya. Kadang-kadang kita berharap 8 Mac 2014 tidak pernah wujud, namun ia tetap muncul.

"Hujan, kamu sentiasa berada dalam doa kami. Kami menaruh harapan untuk melihat kamu tidak lama lagi. Sila luangkan sedikit masa untuk berdoa untuk saudara lelaki, anak dan bapa kami yang tercinta, Hazrin Hasnan, dan selebihnya 238 orang di atas kapal #MH370. Semoga keadilan masih wujud untuk mereka semua yang tidak berdosa. Amin. Jumpa lagi Rain!," kata Ida.

Pesawat Boeing 777 Penerbangan MH370 ke Beijing, dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang pada awal pagi 8 Mac 2014, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Isteri Mohd Hazrin, Intan Maizura Othman, dalam instagram beliau @ intanmaizuraothaman berkata: "Saya akan kekal tabah, sentiasa rasa gembira ... namun hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang saya rasa ... saya perlu tabah dan gembira demi anak-anak saya".

Posting Intan menerima lebih daripada 800 'likes' dan juga kata-kata galakan.

Maira Elizabeth Nari, anak perempuan ketua pramugara MH370 Andrew Nari, berkata dalam Instagramnya@mairaelizabethnari:. "Anda terbang begitu tinggi, semua pun turut sama. Ia sesuatu yang indah. Semoga ia sampai kepada setiap seorang di antara kamu."

Posting Instagram beliau menerima lebih daripada 500 'likes' dan jawapan, termasuk daripada @safiaisk yang berkata: "Maira, ku kirim rasa penuh kasih sayang dan doa untuk anda dan keluarga."

Seorang daripada pengikutnya, @ sally_8176, berkata: "Anda sentiasa tabah. Benar-benar kagum dengan semangat anda... terus tabah."

Sementara itu, Maira dalam akaun Twitter beliau @Gorgxous_ berkata: "Pada masa ini, dua tahun lalu, saya masih lena. Hari ini dua tahun lalu, dalam masa lebih 15-50 minit, tersiar berita dan saya masih lena.

"Hari ini, dua tahun lalu, di peringkat ini, ia menjadikan semua orang tidak kira apa bangsa dan agama menjadi satu, begitu tabah, menyokong dan berdoa. 

Posting twitternya menerima lebih daripada 120 retweet dan 76 'likes'. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MAS , MH370

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan