Tapak Hotel PQPTRW: Vida Masih Pertimbang Tawaran Kerajaan Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2016 9:45 AM

Vida menunjukkan pelan lokasi yang akan dibangunkan Hotel PQPTRW selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman terpaksa mempertimbangkan semula hasrat untuk membina Hotel Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) kerana lokasi tanah yang ditawarkan kerajaan negeri agak jauh dari pusat bandar dan tiada kemudahan prasarana lengkap.

Susulan itu, beliau perlu meneliti tawaran tersebut secara terperinci dengan mengambil kira pelbagai aspek supaya tidak timbul masalah pada masa depan.

"Saya belum buat keputusan, kena tengok dulu macam mana sebab tujuan saya adalah untuk menjual produk. Pelbagai aspek perlu diambil kira sebab lokasi itu adalah kawasan baharu," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menurut jutawan kosmetik itu, memandangkan lokasi tersebut kawasan baharu maka proses untuk membangunkannya sudah tentu akan memakan masa yang lama.

"Nak bangunkan kawasan baharu dan nak tarik orang pergi ke sana bukan sekejap, ambil masa bertahun- tahun. Lagipun ia jauh dan perlukan kemudahan prasarana yang lengkap termasuk lebuh raya," katanya.

Pada masa sama, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, sebagai seorang usahawan beliau juga perlu melihat kepada nilai komersial yang ada di lokasi tersebut.

"Soal lokasi amat penting kerana perlu memasarkan produk dan jenama. Saya tidak boleh terima bulat-bulat, saya perlukan masa untuk fikirkannya," kata usahawan dari Machang itu.

Pada Sabtu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, pihaknya berharap Vida menimbang tawaran untuk membina hotel di tanah seluas 108 hektar di Bukit Merbau dekat Pasir Puteh.

Ini berikutan hasrat beliau untuk membina hotel tersebut bersebelahan Stadium Sultan Muhammad IV terpaksa ditolak kerajaan negeri kerana keluasan tanah yang terhad.

Daripada keluasan tersebut, Kelantan menawarkan tanah seluas 28 hektar untuk pembinaan stadium negeri kedua.

Abdul Fattah berkata, sudah ada dua pemaju yang berminat untuk membangunkan Bukit Merbau sebagai kawasan komersial.

“Jadi kita memberi tawaran kepada Dr Vida jika berminat untuk membina hotel di kawasan itu yang juga laluan projek Lebuhraya Rakyat dari Machang ke Kuala Krai,” katanya.

mStar Online sebelum ini melaporkan Vida merancang membina Hotel PQPTRW setinggi 19 tingkat dilengkapi kemudahan sukan, rekreasi dan taman tema yang dianggarkan bernilai RM280 juta bersebelahan stadium keramat Kelantan.



Tags / Kata Kunci: Vida , Hotel PQPTRW

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan