Tangani Isu Muhyiddin, Mukhriz Dengan Pendekatan Kasih Sayang - Shahidan

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2016 10:14 PM

Shahidan Kassim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berpendapat parti perlu menggunakan pendekatan 'kasih sayang' dalam menangani isu anggota dan kepimpinan parti yang menandatangani deklarasi bagi menyokong penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berpandangan tindakan menghukum atau mengetepikan mana-mana pihak tidak akan menyelesaikan masalah yang sedang membelenggu parti.

"Kalau kita ketepikan mana-mana pihak, pasti tidak selesai masalah, nak selesai kita kena ambil pendekatan 'kasih sayang'.

"Yang lain serahkan pada agensi yang bertanggungjawab mengadilinya. Kalau rakyat semua jadi hakim, (akan timbul) masalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama, Parlimen ke-13, di bangunan Parlimen di sini Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan segelintir anggota dan pemimpin Umno yang mahu tindakan pecat diambil ke atas Ketua Umno Bahagian Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang menandatangani deklarasi itu yang diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lepas.

Ditanya mengenai usaha menggulingkan Najib sebagai presiden Umno dan perdana menteri, Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata perkara tersebut hanya boleh dibuat melalui proses demokrasi di Parlimen.

"Kena ingat ini negara demokrasi berparlimen, jadi yang boleh jatuhkan PM (perdana menteri) itu di Parlimen. Dalam parti, parti boleh buat keputusan mengenai presiden," katanya.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan terhadap anggota parti yang telah menandatangani deklarasi itu hanya boleh diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT).

"Saya secara peribadi telah menerima bermacam-macam desakan daripada akar umbi supaya tindakan diambil terhadap kumpulan ini, tetapi hakikatnya, MT yang perlu buat keputusan," kata Menteri Pertahanan dan anggota Parlimen Sembrong itu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan setakat ini tiada keperluan untuk membubarkan Parlimen.

Anggota Parlimen Santubong itu berkata rakyat dan anggota Parlimen masih lagi mempercayai kepimpinan Najib selaku perdana menteri, dan pentadbiran serta ekonomi negara masih teratur berbanding negara-negara lain.

"Pada masa sekarang pun apa yang berlaku belum mengatakan negara ini dalam kucar kacir (yang) memerlukan dewan dibubarkan dan mengadakan pilihan raya," katanya.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shapie Apdal pula berkata MT perlu meneliti secara mendalam gesaan supaya tindakan daimbil terhadap pemimpin dan anggota parti yang menyertai 'deklarasi Mahathir' sebelum membuat sebarang keputusan.

Beliau yang mengakui menyokong deklarasi itu, namun belum menandatanganinya berkata walaupun MT mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan hukuman namun ia perlu melalui proses tertentu sebelum keputusan diambil.

"Umno ada jawatankuasa disiplin, serendah-rendah jawatan dalam Umno jika mahu diambil tindakan perlu diteliti, dipanggil dan disiasat terlebih dahulu.

"Bukan hanya MT mengemukakan pandangan kepada Setiausaha Agung dan kemudian jatuh hukum begitu sahaja, harus mengikut peraturan sepatutnya," katanya. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Shahidan Kassim , Umno

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan