Laporan Akhir Audit 1MDB Bukan Lagi Dokumen OSA - Hasan

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2016 8:21 PM

Hasan Arifin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata laporan akhir audit berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan lagi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) selepas dibentangkan di Parlimen.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata laporan itu akan kekal dibawah OSA hanya sehingga ia dibentangkan di Parlimen.

"Laporan akhir audit mengenai pengurusan dana 1MDB bukan lagi dibawah akta tersebut.

"Keputusan untuk mengklasifikasikan laporan akhir audit di bawah OSA dibuat oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang yang bertanggungjawab untuk memastikan kredibiliti Jabatan Audit Negara.

"Ini adalah untuk mengelakkan laporan itu didedahkan kepada pihak tidak diingini," katanya.

Ahli PAC, Tony Pua berkata siasatan terhadap 1MDB masih belum selesai.

Bercakap kepada pemberita selepas membentangkan laporan akhir audit Ketua Audit Negara mengenai 1MDB kepada jawatankuasa itu, Pua berkata PAC belum memainkan peranannya lagi.

"Kami masih belum menyelesaikan laporan kami. Kami perlu meneliti buku tersebut dan kami belum lagi selesai," katanya.

Ditanya sama ada terdapat lagi saksi akan dipanggil, beliau berkata ia masih belum dibincangkan.

Pua berkata beliau 'agak gembira' dengan laporan itu setakat ini.

Tags / Kata Kunci: OSA , 1MDB , Hasan Arifin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan