Ahli MDKS Sahkan Angkat Sumpah Awal, Ikut Arahan YDP

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengesahkan angkat sumpah jawatan bagi sesi 2016/2017 dilakukan dua kali di mana majlis pertama hanya melibatkan lima anggotanya dan ia berlangsung secara tertutup.

Mohd Fakaruddin Ismail (PAS) berkata, majlis angkat sumpah yang pertama diadakan pada 20 Januari lalu, diikuti majlis kedua pada keesokkannya.

Katanya, beliau sedia maklum mengenai tarikh asal majlis itu tetapi telah diminta oleh Yang Dipertua MDKS Noraini Roslan untuk hadir sehari lebih awal untuk mengangkat sumpah.

"YDP Noraini nak menghadiri mesyuarat penting pada hari yang sama (20 Januari) dan mesyuarat itu memerlukan beberapa ahli Majlis sebagai ahli mesyuarat.

"Masa tu belum diadakan angkat sumpah ahli Majlis jadi beliau minta saya dan tiga rakan lain angkat sumpah lebih awal pada sebelah pagi sebelum  bermesyuarat pada petangnya. Beliau (Noraini) juga angkat sumpah pada sesi yang sama," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan mStar Online pada Jumaat bahawa majlis angkat sumpah ahli majlis MDKS yang pertama itu didakwa tidak mengikut peruntukan undang-undang dan dianggap tidak sah kerana tidak cukup kuorum.

Selain Fakaruddin dan Noraini majlis itu turut melibatkan Nor Faizah Ismail (PKR), Orang Besar Daerah Kuala Selangor, Datuk Mohamad Yaacob Ismail dan Tan Kik Meng (DAP). 

Menurut sumber, majlis itu didakwa melanggar peruntukan mengikut Seksyen 10 (1) yang dibaca bersama Seksyen 11 Akta Kerajaan Tempatan di mana bilangan minimum ahli majlis MDKS yang perlu hadir untuk majlis angkat sumpah jawatan adalah lapan orang.

Difahamkan perkara ini telah dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor kerana ada pihak mempersoalkan sama ada majlis angkat sumpah itu sah atau sebaliknya.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini Fakaruddin berkata, ketika itu, beliau tidak nampak akan timbul sebarang masalah apabila majlis itu hanya melibatkan lima orang.

"Bagi saya pada waktu itu tak ada masalah kerana ia dibuat selepas menerima surat watikah pelantikan daripada kerajaan negeri," katanya.

Ditanya sama ada beliau tahu mengenai kuorum ahli majlis, beliau mengakui tidak tahu mengenai perkara itu.

"Wallahualam. Saya hanya diberitahu tentang mesyuarat penting itu yang memerlukan saya angkat sumpah terlebih dahulu jadi saya pun hadir," katanya.

Fakaruddin berkata, sehingga dihubungi beliau tidak tahu tentang perkara ini dan mengambil pendirian untuk menunggu arahan atau makluman jika ada.

"Saya baharu jumpa YDP Noraini dan beliau tak maklumkan apa-apa mengenai perkara ini," katanya.

Sementara itu mStar Online masih berusaha mendapat penjelasan Noraini dan Penasihat Undang-Undang Negeri berhubung perkara ini.







Tags / Kata Kunci: YDP , Noraini Roslan , MDKS , Mohd Fakaruddin Ismail

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan