AsNTM: Tuti Tak Kisah

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2016 8:19 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peserta dari Malaysia, Nooraini Mohd Noor atau Tuti yang terpilih menyertai program realiti bagi merebut gelaran Juara Asia's Next Top Model (AsNTM) Cycle Four menerima kritikan hebat pengguna media sosial.

Tuti, 24, bagaimanapun memberitahu BBC bahawa dia menghormati pendapat semua pihak dan akan terus melakukan yang terbaik dalam pertandingan itu.

Dia bakal bersaing dengan 13 peserta dari beberapa negara Asia lain dalam program berekaan.

Pada Isnin lalu, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu diberi ucapan tahniah di media sosial selepas sebuah portal hiburan berkongsi berita kejayaan terbaharunya.

Walau bagaimanapun terdapat segelintir pihak yang mengkritiknya kerana menyertai pertandingan itu kerana dia terpaksa mendedahkan tubuhnya untuk tontonan umum.

Malah ada yang bertanya mengapa dia dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan itu kerana sebagai umat Islam dia 'diharamkan' menyertainya.

"Apa yang memisahkan kita bukan warna kulit atau agama. Ia adalah peluang," katanya kepada BBC menerusi e-mel.

Gadis kelahiran Kuala Lumpur itu juga dilaporkan berkata "Setiap orang yang berbeza mempunyai pandangan yang berbeza dan saya tidak boleh mengawalnya. Saya menghormati pandangan dan pendapat semua orang".

Dia menambah: "Saya tidak suka untuk melabel apa-apa. Saya adalah sebahagian daripada warganegara dunia.

"Saya merupakan seorang gadis yang akan mengejar impiannya."

Menurut BBC, Tuti berkata sebelum ini dia tidak berhadapan sebarang kontroversi apabila menyertai mana-mana pertandingan pencarian model di Malaysia.

Dia pernah memenangi Pencarian X Top Model Malaysia 2012 dan menerima gelaran X Walk.

Tags / Kata Kunci: Nooraini Mohd Noor , Tuti , AsNTM

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan