Sarawak Sokong Kepimpinan Najib - Jabu

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2016 5:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sarawak, seperti Sabah, akan terus menyokong dengan sepenuh hati kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu berkata kedua-dua negeri Malaysia Timur itu mungkin dapat dibangunkan dengan lebih baik jika dasar "Pandang Ke Timur yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga melibatkan Sarawak dan Sabah.

"Lagipun, kami betul-betul dan benar-benar berada di timur Kuala Lumpur tetapi dasar itu telah terlepas pandang kami secara serius," kata beliau kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau sebelumnya melancarkan sambutan Hari Landskap Kebangsaan 2016 bagi pihak Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Mahathir hanya memandang kepada negara-negara seperti Korea dan Jepun dalam dasar "Pandang ke Timur" yang dilancarkanya, kata beliau.

Beliau berkata sebab itulah Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bekerja keras untuk melaksanakan apa yang sepatutnya dilakukan tetapi tidak dilakukan.

"Najib ialah pemimpin yang sangat memberi fokus. Beliau benar-benar memahami apa yang diperlukan oleh Sabah dan Sarawak," katanya.

Jabu berkata Sarawak mahu menikmati apa yang Sabah akan dapat dan begitu juga, Sabah ingin menikmati apa yang Sarawak akan dapat.

"Lagipun kami adalah rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia pada 1963 dan harus diberi layanan sedemikian.

"Justeru, kami akan terus menyokong Najib dengan teguh," katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Najib adalah sangat lantang dan konsisten dalam memastikan kepentingan Sarawak dibawa ke perhatian kabinet.

Beliau berkata tidak pernah dalam seminggu Kabinet tidak membincangkan mengenai negeri itu.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian sebelum pelancaran Hari Landskap Kebangsaan 2016 di bangunan lama dewan undangan negeri Sarawak di sini.

"Saya memberitahu kamu semua dalam semua kepastian belum ada perdana menteri setakat ini yang memahami Sarawak hingga ke teras.

"Beliau telah melawat kebanyakan kawasan di negeri ini. Kami cuba mencari kawasan yang beliau belum pernah lawati dalam carta kami tetapi kami tidak menemui banyak. Itulah komitmen beliau.

"Kami berharap bahawa di bawah kepimpinan ketua menteri Tan Sri Adenan Satem, Sarawak akan memenangi pilihan raya negeri ke-11 akan datang dengan cemerlang," kata beliau.

Beliau berkata bersama-sama Sabah, kedua-dua negeri akan menjadi pemacu pembangunan ekonomi negara kerana mempunyai tanah yang luas, kaya dengan sumber asli dan mempunyai ramai rakyat yang pintar dan bekerja keras yang mengamalkan disiplin dan nilai-nilai moral yang tinggi.

"Kedua-dua negeri sedang membangun dalam konteks pembangunan dan kemajuan di bawah kepimpinan Najib dan ini harus berterusan dan tidak diganggu.

"Dan sama ada suka atau tidak, pemusatan politik telah beralih ke kedua-dua negeri (Sabah dan Sarawak),' kata beliau.

Beliau berkata pemimpin dan rakyat Sabah menghormati Adenan dan keseluruhan kabinetnya kerana "mengemukakan hujah-hujah yang amat meyakinkan" untuk memastikan Sarawak diberi penurunan kuasa yang lebih luas dalam pentadbiran negeri berhubungan dengan fungsi persekutuan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Sarawak

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan