Laporan Makmal Kes Keracunan Di Siputeh Diketahui Selasa Ini

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2016 6:15 PM

Dr Mah bercakap sesuatu kepada pemilik kedai makan, Jamaludin Saaid.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Laporan makmal mengenai kes 37 orang disyaki keracunan selepas memakan makanan dari sebuah gerai di Siputeh, Batu Gajah dijangka diketahui pada Selasa, 8 Mac.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Perak Datuk Dr Mah Hang Soon dalam satu kenyataan di sini Ahad.

Beliau berkata setakat pukul 12 tengah malam Sabtu, tiga daripada empat yang dilaporkan kritikal sejak Jumaat lalu masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Katanya seorang lagi yang dibenar keluar pada hari sama dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta berada dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, Mah berkata lima lagi pesakit terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki masih dirawat di wad biasa HRPB.

Pada Sabtu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam sidang media di Kuala Lumpur berkata kes itu dilaporkan berlaku akibat pencemaran berpunca daripada penyemburan racun rumpai di kawasan berhampiran gerai dan kemudiannya mencemarkan makanan selepas ditiup angin. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: keracunan makanan , gerai , Siputeh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan