Tiada Unsur Peribadi, Kerjasama Dengan Tun M Demi Malaysia - Azmin

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2016 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Perjanjian kerjasama antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Azmin Ali dalam 'Deklarasi Rakyat' tidak membabitkan isu peribadi sebaliknya bagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, walaupun beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Dr Mahathir apabila berkhidmat kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno, kerjasama yang ditandatangani pada Jumaat lepas hanya demi menyelamatkan Malaysia.

"Saya berkhidmat kepada seorang pemimpin kanan Umno selama 13 tahun, sudah tentu saya mempunyai hubungan yang rapat dan peribadi dengan Dr Mahathir selama bertahun-tahun.

"Kami berada di sana sebagai rakyat Malaysia yang mewakili parti-parti politik berbeza, ideologi dan masyarakat awam yang berbeza demi kepentingan negara dan rakyat.

"Ia bukan mengenai pilihan peribadi, bagi saya ia adalah perkara prinsip," katanya ketika ditemui selepas melepaskan peserta Marathon Wanita 2016 di sini Ahad.

Azmin berkata beliau tidak lupa kejadian 1998 di mana Anwar telah dipecat oleh Dr Mahathir daripada jawatannya.

Namun katanya adalah penting untuk meninggalkan episod lama dan bergerak ke hadapan.

"Apa yang berlaku pada tahun 1998 pasti saya tidak boleh lupa. Tiada siapa yang lupa sejarah. Ia adalah untuk kita belajar.

"Tetapi kita perlu bergerak ke hadapan dan saya fikir sudah tiba masanya bagi kita untuk bergerak ke depan," katanya sambil menambah bahawa perdamaian itu "baik untuk negara".

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan