PKR Serah Kepada Guan Eng Selesaikan Isu Adun Dipecat - Azmin

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2016 11:14 PM

Mohamed Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk menyelesaikan isu berhubung lima Adun parti itu yang tidak mengundi usul tambak laut.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau tidak melihat isu berkenaan sebagai satu perkara yang besar sehingga boleh menjejaskan perpaduan Pakatan Harapan.

"Perkara ini (isu Adun) bukanlah pertembungan dasar atau pertelingkahan yang boleh memecahkan perpaduan Pakatan Harapan.

"Ia hanyalah satu harapan yang diletakkan dalam semangat muafakat agar perkara ini dapat diberi perhatian," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Adun Machang Bubuk, di sini Ahad.

Sebelum ini, Lim melahirkan rasa terkejut berhubung kenyataan secara umum oleh Mohamed Azmin mengenai pemecatan dua daripada lima Adun PKR itu sebagai pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Lim dilaporkan berkata selama ini, isu-isu yang berbangkit dalam gabungan Pakatan Harapan dibincangkan secara tertutup dan menteri besar atau ketua menteri tidak pernah campurtangan dalam urusan negeri yang diterajui oleh Pakatan.

Adun Bukit Tengah Ong Chin Wen dan Adun Kebun Bunga Cheah Kah Peng, dipecat selepas bertindak berkecuali semasa mengundi terhadap usul mengenai penambakan tanah yang dibawa oleh Barisan Nasional semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin berkata pihaknya telah memaklumkan kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Deklarasi Rakyat yang ditandatangani, bukan sekadar menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur, namun mahu semua sistem dirombak mengikut acuan reformasi parti itu.

"Mesti bertindak dengan agenda reformasi supaya sistem yang rosak boleh diperbaiki, kita tidak akan berkompromi," katanya.

Jumaat lepas Dr Mahathir menandatangani deklarasi tersebut bersama bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, tokoh masyarakat sivil dan ketua badan bukan kerajaan (NGO) yang mendesak Najib berundur. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Adun PKR , Lim Guan Eng , Azmin Ali

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan