Deklarasi Rakyat: Dr M Hilang Kedudukan Negarawan

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2016 9:02 PM

Mustapa Mohamad.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Tun Dr Mahathir Mohamad hilang kedudukan beliau sebagai seorang negarawan selepas bekerjasama dengan pembangkang dalam usaha untuk menjatuhkan perdana menteri, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata apa yang dilakukan Dr Mahathir akan memburukkan nama negara dan menyebabkan ketidakstabilan.

Beliau berkata Umno Kelantan akan berdiri di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyerahkan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk mengambil tindakan terhadap Dr Mahathir dan Timbalan Presiden Umno yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya lebih suka menyerahkan keputusan itu kepada kebijaksanaan MT dan saya tidak boleh komen apa-apa lagi," kata Mustapa.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli percaya Muhyiddin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal tidak akan mengosongkan kerusi Parlimen Pagoh dan Semporna kerana mereka masih lagi ahli Umno yang setia.

"Kedua-dua pihak masih lagi setia kepada parti walaupun mereka seolah-olah menentang presiden parti tetapi mereka masih percaya kepada Umno, jika tidak, mereka sudah pasti meninggalkan Umno dari dulu.

"Malah, kedua-dua mereka memenangi kerusi itu atas tiket Umno," kata Mustapa selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri itu.

Ditanya mengenai cadangan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah supaya Muhyiddin dan Shafie mengosongkan kerusi Parlimen mereka bagi mengukur kekuatan Umno, Mustapa berkata PAS Kelantan sebaliknya perlu memaksa pengkhianat PAS iaitu Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar mengosongkan kerusi mereka.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan