Deklarasi Rakyat Tidak Jejas Sokongan Kepada BN Dalam PRN Sarawak

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2016 8:08 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan kumpulan yang menandatangani deklarasi rakyat tidak akan menjejaskan sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tahun ini.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau yakin rakyat Sarawak cukup matang dan tahu bahawa kerajaan di bawah kepimpinan BN mampu melaksanakan mandat yang diberi serta membawa kemajuan kepada negeri itu.

"Apa yang dia (bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) hendak lakukan, saya pun tidak tahu. Dan ia tidak akan menjejaskan (BN pada PRN Sarawak)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah surau komuniti Acheh dan sambutan Maulidur Rasul masyarakat Acheh dan Melayu peringkat kebangsaan di Kampung Baru, di sini Ahad.

Tengku Adnan berkata tindakan Dr Mahathir bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang sebelum ini didakwanya "tidak boleh pakai" , turut menimbulkan kekeliruan.

Ditanya sama ada Majlis Tertinggi Umno akan bermesyuarat mengenai tindakan yang akan diambil terhadap bekas pemimpinnya yang turut menandatangani deklarasi itu, Tengku Adnan berkata UMNO tidak akan mengadakan sebarang mesyuarat.

"Kenapa kita (UMNO) hendak bermesyuarat. Kepada Umno ini tidak menjadi kudis. Kita akan buat cara kitalah iaitu meneruskan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan BN yang sah untuk terus mentadbir negara ini," katanya.

Tengku Adnan berkata: " Kita tidak perlu gusar dan bimbang, kita perlu percaya bahawa sebagai sebuah kerajaan, kita bertanggungjawab kepada rakyat. Jadi kita akan melaksanakannya.

"Pada Jumaat lepas, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir adalah antara 58 orang yang menandatangani deklarasi rakyat menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

Acara menandatangani deklarasi itu, yang diketuai Dr Mahathir, turut disertai Lim Kit Siang daripada DAP, Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR, dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan