Ahli Parlimen DAP Bidas 'Deklarasi Rakyat'

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2016 1:49 PM

Charles Santiago

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen DAP mempertikaikan kerjasama yang diwujudkan bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sambil menyifatkan deklarasi yang ditandatangani berkenaan adalah 'dokumen yang tergesa-gesa' dan tidak jelas.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata deklarasi yang digelar "Selamatkan Malaysia" - ditandatangani sekumpulan ahli-ahli politik dan aktivis tidak jelas menggariskan mengenai aspirasi rakyat.

Beliau juga berkata, pengisytiharan itu yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu orang yang sama menurut beliau telah "menghancurkan ekonomi negara dan mentadbir Malaysia melalui cara autokratik".

"Saya bersetuju bahawa Najib mesti berundur demi masa depan negara. Tetapi dalam usaha ini, kita tidak harus lupa bahawa Dr Mahathir adalah punca kepada masalah yang menjejaskan setiap rakyat Malaysia hari ini.

"Kita tidak boleh menafikan bahawa selama 22 tahun berkuasa beliau menggunakan undang-undang zalim kepada penentang dan pengkritiknya," katanya.

"Dr Mahathir memperkenalkan politik wang dalam Umno, mencabul badan kehakiman yang bebas dan menghalang kebebasan media," kata Santiago.

Jumaat lalu, Dr Mahathir bersama-sama dengan pemimpin pembangkang termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menandatangani deklarasi untuk menjatuhkan Najib.nya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan